Tuesday, April 22, 2014

KENAPA MANUSIA MEMERLUKAN AIR DI DALAM BADAN?




Gambar dan tajuk entry je kita dah tau kenapa perlukan air ye dak? Ramai tak tahu kenapa air jernih atau air kosong penting dari air manisan dan berperisa. Ramai kata xda rasa, tawar, tak sejuk macam2 hal. Samalah dgn saya..hihi... Tapi jgn tahu air tu penting je tapi tak amalkan ye..Jom kita baca sikit kenapa perlukan air.
 
Antara Perkara Penting Kenapa Tubuh Manusia Perlukan Air Ialah :
 
  • Paling utama air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih terpelihara dan jantung berfungsi secara berkesan dan melegakan tubuh badan kita.
  • Air berfungsi untuk membawa keluar semua toksin yang ada dalam tubuh manusia.
  • Air baik untuk sendi dan otot ye.
  • Manusia memerlukan paling kurang tiga liter air (3 liter tau!) setiap hari.
  • Minum air dalam kuantiti yang banyak tidak membawa kesan yang buruk kepada kesihatan manusia.
  • Amalan meminum air akan membawa keluar segala kekotoran dalam tubuh manusia.
  • Air kosong amat menyihatkan kerana tidak mengandungi kalori,gula,atau lemak.
  • Minum banyak air dapat menyembuhkan penyakit yang berkaitan dengan ginjal.
  • Sihatnya !
  • Bagi anda yang sedang berdiet, meminum air kosong adalah lebih baik berbanding pengambilan minuman untuk menguruskan badan atau minuman rendah kalori yang terdapat di pasaran
  • Minumlah dua atau tiga gelas air hangat sebelum makan kerana ia akan mengenyangkan perut,sekaligus membantu anda mengurangkan pengambilan makanan.
  • Minumlah lapan gelas air kosong dalam sehari bagi memastikan anda sentiasa sihat dan bertenaga.
  • Air kosong yang paling baik adalah air yang tidak terlalu panas atau tidak terlalu sejuk.
  • Menurut kajian yang dijalankan,ramai orang yang mahu sihat tetapi tidak mengamalkan meminum air kosong malah lebih rajin mengambil minuman seperti kopi,teh dan minuman berkarbonat.
  • Tahukah anda,minuman ringan atau bergula tidak dapat menandingi khasiat yang terdapat didalam air kosong?
  • Sari buah-buahan juga tidak mampu membersihkan kotoran dalam badan anda sehebat air kosong sebab boleh menyebabkan diabetis tau.



Mari Kita Tengok Keperluan Air Di Dalam Badan:

Pernafasan (1 gelas air – 14 peratus)
Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)
Peluh ( 2 gelas air – 34 peratus)
Najis (1/2 gelas air – dua peratus) 
 
 
JADINYA MARI KITA MANFAATKAN AIR KOSONG DARIPADA AIR MANISAN YE..

#cabaran7hari
#postno1
 


1 comment:

  1. WinStar World Casino launches new - JTM Hub
    LAS VEGAS (KTNV) — A $25M WinStar 천안 출장샵 World Casino in Las Vegas, Nevada will 부산광역 출장마사지 be a 평택 출장마사지 major 경상북도 출장마사지 milestone in the 용인 출장마사지 history of the

    ReplyDelete